Saham Global
Saham Asia dibuka tinggi pada hari Selasa, berikutan peningkatan semalam di Wall Street.
Peningkatan ini didorong oleh data ekonomi yang positif dari Jerman dan secara tidak langgung menghilangkan kerisauan pelabur U.S terhadap ketidakpastian politik di Jerman.
Indeks meluas MSCI saham di Asia Pasifik di luar Jepun didagangkan tinggi dalam dagangan awal iaitu naik sebanyak 0.5%.
Saham Australia naik 0.2% selepas Wall Street mencatat peningkatan. Peningkatan saham Australia menyebabkan data bank dan minyak yang lemah masih lagi terkawal.
Saham Korea Selatan KOSPI meningkatkat 0.3% manakala purata saham Japan Nikkei naik 1.1%.
Pasaran ekuiti menunjukkan pengukuhan berikutan kemanjuan ekonomi global.
Jumaat lalu, Indeks Purata Perindustrian Dow Jones susut 0.31 peratus, S&P 500 naik 0.2 peratus dan Indeks Komposit Nasdaq Composite susut 0.12 peratus.
Saham Malaysia
Semalam Bursa Malaysia ditutup rendah akibat sentimen luaran yang lemah dan aktiviti penjualan saham modal kecil.
Pada penutup pasaran, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kurang 3.3 mata kepada 1,718.36 daripada 1,721.66 ketika ditutup pada Jumaat.
Penjualan saham modal kecil menunjukkan peniaga mengurangkan pegangan mereka berikutan menjelang akhir tahun.
Di tambah pula dengan isu ketidakpastian poltik di Jerman selepas rundingan kerajaan campuran tidak dapat dilaksana.
Namun pada hari ini Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan pembelian yang diperbaharui.
Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.15 mata lebih kukuh kepada 1,720.72 setakat jam 12.30 petang daripada penutup semalam iaitu 1,718.36.
Jumlah saham terikini adalah sebanyak 72 juta dengan nilai RM25.61 juta.