US dolar bergerak di sekitar paras terendah 13-bulan lalu berbanding enam matawang utama dunia pada Khamis selepas kenyataan oleh The Fed dilihat menunjukkan ketidaktentuan kenaikan kadar faedah dalam beberapa bulan akan datang.
US dolar melemah secara mendadak selepas bank pusat Amerika Syarikat ini mengatakan inflasi masih lagi kekal di bawah sasaran dua peratus walaupun risiko dalam masa terdekat kepada ekonomi dilihat stabil. Sebelum ini, The Fed melihat kelemahan dalam data inflasi hanya sementara dan frasa ini telah dibuang daripada kenyataan polisi bank pusat.
Nada berhati-hati bank pusat jelas dilihat apabila mereka mengatakan tentang inflasi, di mana dalam kenyataan tersebut mengatakan kenaikan kadar faedah di masa hadapan bergantung kepada data ekonomi.
EURUSD susut 0.16% kepada 1.1715 setakat pukul 6.26 petang, jatuh dari paras tertinggi dua-setengah tahun yang lepas. Paras tertinggi (1.1777) ini dicapai pada pagi Khamis selepas pengumuman polisi Fed.
USDJPY naik 0.15% setakat ini dilihat sejajar dengan pemulihan US dolar yang lebih meluas.
Kejatuhan juga direkod dalam pasangan matawang AUDUSD dan NZDUSD yang masing-masing susut 0.11% setakat pukul 6.32 petang.