Sektor pembuatan UK terus berkembang pada permulaan suku keempat 2017 menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Rabu.
Markit sebuah badan penyelidikan data ekonomi melaporkan indeks pembuatan UK naik ke paras 56.3 pada Oktober dari 56.0 yang dicatat pada September. Jangkaan untuk data kali ini adalah 55.8.
Indeks yang melebihi angka 50 menunjukkan sektor yang berkembang, manakala sebaliknya di bawah 50 menunjukkan aktiviti yang merosot.
Indeks tempahan baru kekal kukuh pada Oktober yang disokong oleh permintaan domestik dan juga pertambahan permintaan eksport. Pengeluar-pengeluar UK juga melihat permintaan yang meningkat daripada Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Amerika Selatan.
Pengeluaran dalam sektor pembuatan meningkat sejajar dengan pengukuhan pertumbuhan pada September.
“Tekanan harga terus naik walaupun kos input meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh tujuh bulan.”
Data rasmi dari Jabatan Statistik menunjukkan data pada suku ketiga menunjukkan sektor ini semakin meningkat. Walaubagaimanapun data hari ini tidak banyak mempengaruhi jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE) pada Khamis.
BoE dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% sejak kali terakhir menurunkan kadar faedah kepada 0.25% pada Ogos 2016.
Matawang GBP telah meningkat nilai sejak Isnin yang disokong oleh jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah.