Bacaan awal data pengeluaran industri di Jepun jatuh pada Januari yang juga kali pertama dalam masa empat bulan. Ini menunjukkan keadaan sektor pembuatan Jepun yang bercampur-campur jika dilihat dari beberapa data berbeza sebelum ini.
Pengeluaran perindustrian jatuh sebanyak 0.8% jika dibandingkan dengan Disember, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Ekonomi dan Perdagangan Industri Jepun pada Selasa. Jangkaan bagi data kali ini ialah peningkatan 0.4% dengan kenaikan pada Disember telah dikaji semula kepada 0.7% dari bacaan awal 0.5%.
Dalam bacaan tahunan, data ini merekodkan kenaikan 3.2%, di mana eksport jatuh 0.4% berbanding bulan lalu tetapi naik 3.5% dari tahun ke tahun. Inventori tidaj berubah pada Januari tetapi naik 3.5% berbanding tahun lalu.
Laporan yang dikeluarkan hari ini sudah tentu mengejutkan pasaran terutama mereka yang mengekori secara rapat sektor pembuatan Jepun yang sebelum ini merekodkan kenaikan agak pantas. Minggu lalu laporan aktiviti perkilangan yang dikeluarkan oleh Markit meningkat pada kadar terpantas pada Februari sejak tiga tahun lepas. Tinjauan juga menunjukkan bahawa sektor perindustrian berada dalam keadaan pengembangan sejak enam bulan yang lalu.
Isyarat pemulihan permintaan dari luar negara akan terus diteliti dalam laporan pertumbuhan ekonomi pada suku keempat. Pertumbuhan ekonomi meningkat 0.2% dalam tempoh Oktober-Disember. Kenaikan mendadak dalam jualan kepada global disokong oelh faktor kelemahan Yen itu sendiri.