Sebentar tadi Markit mengeluarkan laporan indeks sektor perkhidmatan UK (UK services PMI) yang mengukuh ke paras 56.2 pada Disember dari 55.2 pada bulan sebelum. Bacaan ini lebih tinggi daripada jangkaan 54.8 dan juga merupakan yang tertinggi sejak 17 bulan yang lalu.
Bacaan di atas 50 menunjukkan peningkatan aktiviti dalam sektor perkhidmatan UK dan sebaliknya bacaan di bawah 50. Indeks ini juga merekodkan bacaan di atas 50 selama lima bulan berturut-turut.
Peningkatan yang kukuh juga dicatatkan dalam perniagaan baru yang merupakan peningkatan kelima berturut-turut dan kedua tertinggi sejak Januari. Peningkatan dalam sektor ini juga meningkatkan pekerjaan walaupun 2016 adalah tahun yang paling suram dalam pasaran pekerjaan sejak 2012.
Penyusutan nilai Pound menjadi penyumbang kepada tempahan dan juga yang tertinggi sejak Julai 2015 yang akan menyokong aktiviti perniagaan dalam jangka masa pendek. Eksport juga dilaporkan meningkat disebabkan kelemahan Pound yang meningkatkan permintaan barangan domestik.
Walaubagaimanapun, harga input pengeluaran terus meningkat pada Disember yang disebabkan penyusutan nilai Pound. Hal ini menggambarkan impak terhadap peningkatan harga kos import yang semakin tinggi dan seterusnya kenaikan kepada harga perkhidmatan.
Data pada hari ini mengekalkan jangkaan pertumbuhan yang kukuh dalam masa terdekat, tetapi suram dalam jangka masa sederhana dengan ketidaktentuan Brexit dan pilihanraya di Eropah.
PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!