Data ADP non-farm payroll yang dikeluarkan sebentar tadi mencatatkan tambahan sebanyak 153,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta. Data ini kurang daripada jangkaan sebanyak 171,000 dan data bulan sebelum iaitu 215,000 tambahan pekerjaan baru dalam sektor swasta.
ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja di US yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc).
Data yang dikeluarkan ini adalah bacaan kedua terendah sejak bulan Jun yang lalu, dan bacaan ini jauh lebih rendah berbanding bulan sama tahun 2015 yang mencatatkan tambahan pekerjaan sebanyak 304,000.
Sektor pembuatan mencatatkan peyusutan tertinggi jika dibandingakan dengan sektor lain dengan pengurangan pekerjaan sebanyak 9,000 diikuti oleh sektor maklumat dan carigali.
Manakala penyumbang tertinggi kepada pertambahan pekerjaan ialah sektor perdagangan/pengangkutan dengan 82,000 pekerjaan, diikuti oleh pendidikan/kesihatan dan perkhidmatan perniagaan.
Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada esok hari, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan Disember akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran.
Data NFP juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk sebelum penetapan kadar pada bulan hadapan.
PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!