Eur/Usd ketika ini telah mencatatkan kenaikan selama lima minggu berturut-turut, dengan dagangan yang agak volatile (turun-naik) tiga minggu lepas.
Pasangan matawang ini bergerak semakin tinggi berikutan kelemahan matawang US dolar dengan Indeks US dolar hanya bergerak di sekitar 100.00 selepas jatuh dari paras tertinggi awal bulan ini.
Di sekitar atas harga Eur/Usd ketika ini juga terdapat ‘upper trenline’ yang dapat dilihat dengan jelas dalam time-frame Daily. Kebarangkalian untuk harga menembusi trenline ini masih tinggi jika pasaran tidak mendapat sebarang isyarat jelas dari Trump tentang polisi fiskal beliau.
Ketika ini ‘key resistance’ berada di paras 1.0764 yang telah diuji dalam pada sesi Isnin. Untuk meneruskan kenaikan, harga perlu menembusi dahulu paras ini dan seterusnya akan berhadapan dengan 1.0870 yang juga dikenali sebagai ‘support become resistance‘ (SBR).
Jika Eur/Usd cenderung untuk bergerak ke bawah, ia perlu menguji ‘key support‘ di paras 1.0630 terlebih dahulu untuk meneruskan penurunan.
Dalam data impak tinggi yang dikeluarkan petang tadi Data Iklim Perniagaan Jerman IFO merekodkan penyusutan kepada 109.8 pada Januari, kurang dari jangkaan 111.30.
Sejurus data ini dikeluarkan, Eur/Usd melemah seketika dan memulih semula sehingga mencapai paras tertinggi hari ini di 1.0770.
Pasaran dijangka akan terus terkesan oleh komen dan penetapan polisi Trump dalam masa terdekat, dan hari ini pasaran menjangkakan akan ada penetapan polisi dari pentadbiran baru US khususnya berkaitan sempadan US-Mexico.