Kenyataan Janet Yellen terhadap prospek kenaikan kadar faedah awal pagi tadi langsung tidak membantu pengukuhan US Dollar apabila matawang gergasi tersebut terus dinilai kecundang berbanding Yen dalam sesi ini.
USD/JPY menjunam sebanyak 0.20 peratus kepada 110.72, manakala AUD/USD meningkat 0.07 peratus kepada 0.7506.
Di Australia, NAB melaporkan laporan yang agak mengecewakan apabila data keyakinan perniagaan merosot berbanding bacaan sebelum ini. Sementara itu, kajian perniagaan meningkat kepada angka 14 dari 9 yang dicatat bulan lalu.
Dalam sesi ini, US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.03 peratus kepada 100.97.
Fed buat masa ini merancang untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur. Gabenor Fed, Janet Yellen dalam masa yang sama juga meletakkan keyakinan bahawa ekonomi dijangka akan terus berkembang pada kadar sederhana.
Kenaikan kadar faedah selanjutnya pada bulan Jun juga dianggarkan pada bacaan 52 peratus berbanding 49 peratus dalam sesi sebelum ini.
Semalam, US Dollar terus didagang menjunam gara-gara ketegangan geopolitik yang masih mempengaruhi sentimen di dalam pasaran global.
Beberapa penganalisis buat masa ini cenderung untuk melihat trend menurun bagi matawang US Dollar, namun masih memberi amaran terhadap perubahan sentimen yang dinilai semakin positif baru-baru ini bakal mempengaruhi dagangan matawang tersebut.
Usah Bimbang, BoJ Mempunyai ‘Banyak Jalan’ Untuk Keluar Dari Program QE : Kuroda