Usah Bimbang, BoJ Mempunyai ‘Banyak Jalan’ Untuk Keluar Dari Program QE : Kuroda

40

Gabenor Haruhiko Kuroda berkata pada Selasa bahawa Bank of Japan mempunyai banyak pilihan untuk menamatkan program pelonggaran kuantitatif yang sedang diadaptasi ke dalam ekonomi Jepun.

Beliau bercakap di dewan tertinggi parlimen disamping menyifatkan bahawa masih terlalu awal untuk memberi perincian secara khusus terhadap hutang kerajaan yang terkandung di dalam balance sheet apabila bank tersebut mengambil keputusan untuk menamatkan langkah berkenaan.

Bagaimanapun, Kuroda memaklumkan bahawa BoJ mempunyai pelbagai pilihan termasuklah mengurangkan saiz pegangan bon yang dibeli pada tahun-tahun kebelakangan ini bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Menurut beliau lagi, BoJ mempunyai banyak langkah yang difikirkan wajar bagi mengekalkan kestabilan pasaran, termasuklah mengurangkan saiz balance sheet.

Sejak memperkenalkan dasar pelonggaran kuantitatif pada tahun 2013, pegangan bon kerajaan Jepun meningkat pada kadar tahunan sebanyak 80 Trillion Yen. Sejak itu, BoJ telah mengurangkan sedikit komitmen terhadap sasaran ini dan menambah fokus kepada kawalan hasil jangka pendek dan jangka panjang.

Kini, BoJ meletakkan kadar faedah jangka masa pendek pada paras negatif 0.1 peratus.

Menurut Norio Miyagawa, penganalisis ekonomi kanan di Mizuho Securities, beliau melihat perubahan ‘nada’ dalam komen Kuroda yang mungkin menyedari bahawa program pelonggaran kuantitaif ini perlu ditamatkan.

Namun begitu, Norio masih tidak dapat memastikan sama ada Kuroda memberi kenyataan terbabit kerana menjawab kritikan yang dilemparkan kerana dianggap tidak mempunyai rancangan selanjutnya buat ekonomi Jepun ataupun beliau sememangnya menaruh keyakinan terhadap pertumbuhan harga semasa.

dalam masa yang sama, masih wujud kebimbangan bagi sesetengah ahli ekonomi tentang kesukaran yang bakal dialami oleh BoJ bagi mengurangkan pegangan yang amat besar di dalam hutang kerajaan disamping menguruskan operasi pasaran kewangan bagi mengawal liquidity di dalam pasaran.

Komoditi Berharga Meneruskan Prestasi Bertenaga!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat