Komoditi Berharga Meneruskan Prestasi Bertenaga!

56

Emas melonjak lebih tinggi dalam dagangan sesi ini pada Selasa disebabkan faktor risiko geopolitik dan ucapan Janet Yellen yang mengatakan bahawa Fed sedang berada di landasan yang betul untuk menaikkan kadar yang selanjutnya.

Emas bagi penghantaran April di Comex meningkat sebanyak 0.12 peratus kepada $1,255.35 satu troy ounce, manakala copper menyusut sebanyak 0.15 peratus.

Fed dijangka akan menaikkan kadar secara beransur-ansur bagi mengekalkan ekonomi berada pada tahap guna tenaga penuh dan inflasi menghampiri sasaran 2 peratus tanpa membiarkan ekonomi overheat.

Semalam, emas diniagakan di bawah nilai breakeven pada Isnin gara-gara peningkatan jangkaan terhadap potensi kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Jun nanti, sekali gus mengimbangi sentimen ketegangan geopolitik yang berlaku di Syria dan Korea Utara.

Asset yang dinilai di dalam US Dollar akan bergerak sensitif terhadap pergerakan matawang tersebut kerana pengukuhan US Dollar cenderung untuk mengurangkan permintaan bagi logam kuning dan menjadikannya lebih mahal untuk dimiliki.

Bagaimanapun, dagangan masih berada dalam julat yang kecil memandangkan kebanyakan pelabur masih mengambil tindakan berhati-hati terhadap isu ketegangan geopolitik yang berlaku di Timur Tengah ekoran serangan peluru berpandu oleh AS minggu lalu ke pangkalan udara Syria.

Jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Jun nanti juga mengehadkan kenaikan harga logam berharga. Fed rate monitor tools menunjukkan bacaan melebihi 52 peratus berbanding 49 peratus trader menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar Jun ini.

Pelan 100 Hari Bakal Menjadi Medium Untuk Memuktamadkan Isu Perdagangan China-AS

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat