Matawang Euro semakin menghampiri paras tertinggi seminggu yang lalu pada Khamis menjelang mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) minggu depan.
Matawang Kiwi (NZD) masih lagi tertekan setakat pukul 10.58 malam disebabkan ketidaktentuan polisi kerajaan baru New Zealand. NZD/USD setakat ini telah merekod kejatuhan sebanyak 160 pip selepas mencapai paras tertinggi di 0.7170 pagi tadi.
Pasangan matawang EUR/USD setakat ini telah naik 82 pip selepas menjunam petang tadi yang disebabkan oleh risiko politik Sepanyol.
Kerajaan Sepanyol pada Khamis dilihat sedang berusaha untuk menggantung autonomi Catalonia dengan mencetuskan Artikel 155 perlembagaan pada Sabtu.
Pelabur-pelabur global juga sedang menunggu mesyuarat ECB minggu depan di mana bank pusat dijangka akan mengumumkan pengurangan pembelian bon.
US dolar pula bergerak lebih rendah berbanding Yen dengan USD/JPY susut 0.44% setakat pukul 10.59 malam selepas mencapai paras tertinggi dua minggu lalu pada 113.15. Pemain-pemain pasaran juga sedang fokus kepada pengerusi The Fed yang baru.
Antara calon-calonnya adalah Gary Cohn (penasihat ekonomi Trump), Fed Powell (Gabenor The Fed), Kevin Warsh (Bekas gabenor Fed), John Taylor (Pakar ekonomi dunia) dan Janet Yellen (Pengerusi The Fed ketika ini).
Matawang Sterling bergerak lebih rendah petang tadi selepas laporan data jualan runcit UK yang merosot lebih banyak daripada jangkaan pada September. GBP/USD jatuh 45 pip selepas data ini dikeluarkan dan ketika ini telah mengukuh semula.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.34% setakat pada pukul 11 malam pada Khamis.