Pasaran saham Asia didagang bercampur-campur walaupun Wallstreet melantun semula dari kerugian terbesar sejak lapan bulan lalu dalam sesi Rabu. ASX 200 susut 0.2% gagal mengekalkan keuntungan sesi awal disebabkan prestasi hambar kaunter perbankan dan cari gali. Nikkei 225 pula naik 0.1%, Shanghai Komposit susut 0.1% dan Hang Seng naik 0.2%.
Dalam pasaran tukaran matawang (forex), tiada data impak tinggi yang dikeluarkan dalam sesi Asia dan pasaran forex bergerak sederhana sepanjang sesi ini. Usd/Jpy dan pasangan matawang Yen yang lain mendapat tekanan selepas laporan kapal pengangkut pesawat US kini dikerahkan ke pelabuhan berhampiran Korea Utara.
Gbp/Usd mengalami ‘flash crash‘ dalam sesi Khamis yang menyaksikan pasangan matawang ini jatuh lebih dari 100 pip dalam masa 12 saat. Selepas sejam daripada itu US dolar pula tiba-tiba menguat yang disebabkan oleh video yang menunjukkan bekas Pengarah FBI berkata siasatan mereka tidak pernah diganggu.
Pasaran komoditi pula, harga minyak mentah membuat lonjakan sederhana dalam sesi ini pada Jumaat menghampiri paras $50 setong menjelang pengumuman data kiraan pelantar yang akan dikeluarkan.
Dagangan minyak mentah di NYMEX bagi penghantaran Jun meningkat sebanyak 0.85 peratus kepada $49.77 setong manakala minyak Brent meningkat sebanyak 0.70 peratus kepada $52.88 setong.
Dalam krisis geopolitik, kini US mengerahkan kapal pengangkut pesawat kedua berhampiran Korea Utara menurut laporan akhbar di US.
Perkembangan terbaru di US menunjukkan Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester mengulangi pandangannya pada Khamis terhadap prospek kenaikan kadar selanjutnya oleh Fed memandangkan ekonomi sekarang telah mencapai guna tenaga penuh dan menghampiri sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.
Video yang menunjukkan bekas Pengarah FBI James Comey berkata siasatan FBI tidak pernah diganggu oleh Jabatan Keadilan (DOJ) menyebabkan US dolar menguat pada sesi Khamis.
Presdien Trump pula menafikan beliau tidak pernah menggesa Comey menggugurkan siasatan terhadap Flynn dan tiada pakatan sulit bersama Rusia.
Bajet Presiden Trump mungkin termasuk USD 200 billion perbelanjaan infrastruktur dan dijangkan akan menyediakan insentif sekurang-kurangnya USD 800 billion untuk tujuan ini.