Harga emas sedikit susut pada Jumaat akibat daripada pengambilan untung oleh para pedagang selepas ‘rally’ yang dibuat oleh komoditi berharga ini ke paras tertinggi tiga minggu lalu.
Kenaikan ini disebabkan oleh risiko perubahan percukaian US yang menyebabkan matawang US dolar melemah sejak daripada Selasa.
Harga emas dalam niaga-hadapan (futures) di COMEX susut 0.22% kepada $1284.79, jatuh dari pars tertinggi tiga minggu lalu di $1,288.77.
Pihak Senat republikan mengeluarkan perancangan cukai mereka pada Khamis yang mana terdapat pengurangan cukai korporat kepada 20% dari 35%. Senat juga membuat perubahan signifikan dalam cukai individu. Walaubagaimanapun, sentimen US dolar kekal lemah apabila Senat Republikan mempertimbangkan untuk penangguhan perubahan cukai ini sehingga 2019.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.07% setakat ini mencecah paras terendah sejak 3 November.
Umum mengetahui, harga emas sensitif dengan pergerakan US Dolar di mana USD yang lemah akan menjadikan harga emas meningkat disebabkan permintaan tinggi oleh pemegang matawang lain.
Setakat ini, para pelabur terus meneliti perkembangan di Timur Tengah apabila Arab Saudi mengarahkan untuk rakyatnya meninggalkan Lubnan. Arab Saudi mendakwa Iran menjalankan pemerintahan kerajaan Lubnan melalui proksi mereka iaitu Hezbollah. Perdana Menteri Saad Hariri mengejutkan pasaran pada Sabtu apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan.
Dalam pasaran komoditi berharga yang lain, perak dalam niaga-hadapan (futures) naik 0.28% setakat pada pukul 6.34 petang.