US Dollar mula rebound dalam sesi Asia pada hari Jumaat, manakala Aussie melonjak selepas data perumahan dikeluarkan. Ketegangan geopolitik yang berlaku di Korea Utara juga menjadi penyumbang kepada ketidaktentuan dalam pasaran global.
Pelabur dalam sesi ini masih dilihat mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menanti laporan NFP.
Dalam sesi ini juga, indikator yang menjadi rujukan terhadap kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.06 peratus kepada 101.91.
Di Australia, data pinjaman rumah meningkat pada bulan Januari. Sementara itu, AUD/USD meningkat sehingga 0.04 peratus pada awal dagangan.
Semalam, US Dollar merosot berbanding matawang utama yang lain pada Khamis selepas data tuntutan awal pengangguran dicatat pada angka yang lebih tinggi. Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa angka pengangguran awal meningkat sebanyak 2,000 kepada 243,000 pada minggu berakhir 4 Mac lalu.
Buat masa ini, pelabur meletakkan jangkaan sebanyak 90 peratus bagi jangkaan kenaikan kadar bagi bulan Mac berbanding dengan 80 peratus yang dicatat pada Isnin.