Apa Maksud Sentimen Risk-On Risk-Off ?

783

Risk-on Risk-off adalah istilah dalam pelaburan di mana pergerakan harga dipandu oleh perubahan sikap pelabur terhadap ‘risk tolerance’.

Risk tolerance ialah tahap risiko yang sanggup diambil oleh seseorang pelabur.

Risk on Risk off merujuk kepada perubahan di dalam aktiviti pelaburan disebabkan keadaan semasa dalam ekonomi global.

Dalam keadaan ekonomi yang rendah risikonya, biasanya para pelabur lebih suka melabur dalam pelaburan berisiko tinggi dan begitu juga sebaliknya pelabur akan mencari bentuk pelaburan berisiko rendah dalam keadaan ekonomi yang berisiko tinggi.

Harus diingat citarasa pelabur kepada risiko berubah melalui masa. Contohnya pelabur akan mencari bentuk pelaburan yang berisiko rendah semasa krisis kewangan US 2008 dan selepas beberapa ketika, ekonomi semakin pulih pelabur akan memasukkan semula pelaburan mereka dalam pelaburan berisiko tinggi semasa tahun 2009 di US.

Apakah contoh pelaburan berisiko tinggi?

  • Pelaburan saham

Apa pula contoh pelaburan berisiko rendah?

  • Pelaburan bon
  • Pelaburan emas

Risk on

Jadi, kita tahu semua jenis pelaburan ini mempunyai tahap risiko yang berbeza. Pelabur akan mengubah pelaburan mereka mengikut keadaan ekonomi semasa. Pada ketika ekonomi dalam keadaan baik, pelabur lebih memilih untuk melabur dalam pasaran saham, walaupun ia adalah berisiko tinggi. Inilah yang kita sebut sebagai Risk-on.

Risk off

Begitu juga dalam keadaan ekonomi yang tak menentu (ketidaktentuan), pelabur takut untuk merisikokan wang mereka dalam pelaburan berisiko tinggi dan akan mengeluarkan wang mereka dari pasaran saham untuk melabur di dalam pasaran bon atau emas. Inilah yang kita sebut sebagai Risk-off.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat