Minyak mentah AS terus didagang menyembah bumi pada Rabu walaupun perjanjian OPEC terus menawarkan sokongan.
Penurunan terhadap harga petrol di Amerika Syarikat juga terus memberi tekanan buat pasaran minyak mentah.
WTI mentah didagang merosot sebanyak 8 sen atau 0.2 peratus kepada $53.93, manakala Brent mentah masih belum memulakan dagangan pagi ini.
Stok simpanan minyak mentah telah meningkat selama tujuh minggu berturut-turut. Minggu ini, komoditi ini meningkat sebanyak 3.1 juta tong didorong oleh pertumbuhan permintaan yang diramal agak lemah bagi menyerap lebihan minyak mentah global.
Menurut laporan dari kumpulan perdagangan Institut Petroleum Amerika, stok simpanan minyak mentah di Amerika Syarikat naik 2.5 juta tong pada minggu berakhir 24 Februari. Stok simpanan petrol meningkat mendadak manakala stok produk tapisan merosot.
Laporan rasmi seterusnya akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat.
Dalam satu tinjauan oleh Reuters pada Selasa, OPEC telah berjaya mengurangkan bekalan minyak mentah bagi bulan kedua tahun ini sekali gus membentuk data pematuhan yang agak kukuh.
Benarkan Dunia Akan Menyaksikan Sebuah Lagi Negara “Angkat Kaki” dari Zon Eropah?