Benarkan Dunia Akan Menyaksikan Sebuah Lagi Negara “Angkat Kaki” dari Zon Eropah?

64

Menurut satu kajian yang dikeluarkan pada Selasa, beberapa orang pelabur menjangkakan bahawa Zon Euro bakal kehilangan sekurang-kurangnya satu lagi negara anggota pada bulan-bulan yang akan datang.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Sentix yang berpengkalan di Frankfurt, indeks bulanan “euro break-up” meningkat kepada 25.2 peratus pada bulan Februari daripada 21.3 peratus pada bulan Januari. Kaji selidik tersebut melibatkan 1,000 pelabur dari institusi dan runcit.

Ini bermakna, satu daripada empat pelabur kini percaya bahawa sebuah lagi negara akan menarik diri dari Zon berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Bacaan yang mengukur risiko juga meningkat melebihi 45 peratus, menjangkaui tahap terakhir yang dlihat semasa kemuncak krisis hutang di Zon Euro pada 2012/13.

Menurut penyelidik dari Sentix, Manfred Huebner, situasi kali ini menunjukkan perbezaan kerana kajian menunjukkan bacaan yang berganda dengan jangkaan bahawa Perancis dan Itali juga akan mengambil keputusan untuk keluar dari Zon ini.

Indeks di Greece menunjukkan bahawa satu daripada lime pelabur menjangkakan Greece akan keluar, manakala peratusan yang lebih rendah iaitu sebanyak 14 peratus disaksikan di Itali.

Dalam masa yang sama, indeks di Perancis menunjukkan bacaan yang paling tinggi sepanjang kajian tersebut dijalankan.

News Penting yang Berpotensi Memberi Impak Besar Buat Pasaran Minggu Ini (27 Februari-3 Mac 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat