Akhbar di negara China hari ini melaporkan, arahan Presiden US, Donald Trump kepada penasihat kanan perdangangannya untuk menyiasat dakwaan salah guna harta intelek dalam perdagangan China akan “meracuni” hubungan antara kedua-dua negara tersebut.
Dalam kenyataan ketua pegawai pentadbiran Amerika pada hari Sabtu minggu lepas, Trump akan mengeluarkan arahan untuk menyiasat perlaksanaan perdagangan China pada hari Isnin dengan menuntut syarikat-syarikat Amerika di sana menyerahkan laporan harta-harta intelek untuk siasatan.
Kenyataan yang boleh mengakibatkan kejatuhan tariff barangan China ini dikeluarkan selepas negara tembok besar tersebut dilihat tidak berjaya menyekat program peluru berpandu nuklear Korea Utara. Trump turut menyatakan, Beijing akan di layani lebih baik jika mereka bertindak lebih agresif ke atas Korea Utara.
Akhbar China Daily menyatakan Trump tidak adil kerana meletakkan beban ke atas China untuk menghalang tindakan Pyongyang.
Akhbar tersebut juga menyatakan “Dengan meletakkan Beijing sebagai sekutu kepada program nuklear Democratic People’s Republic Korea (DPRK) dan menyalahkan mereka atas kegagalan menyekat program tersebut, Trump berhadapan dengan risiko kesilapan yang sangat serius kerana telah memecah belahkan gabungan antarabangsa yang dibina sedangkan ia boleh di selesaikan dengan aman”.
“Trump diharap akan mengambil jalan lain. Semua perkara akan menjadi lebih sukar jika konflik berlaku antara Beijing dan Washington”.
Namun begitu, pegawai pentadbiran US menegaskan diplomasi antara Korea Utara dan sisatan ke atas perdagangan ini tidak ada kaitan sama sekali dan ia bukanlah tindakan untuk menekan China.