Pihak kerajaan dilihat akan mempertimbangkan pelaksanaan insurans pengangguran seperti yang digunapakai oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Datuk Seri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia memberi jaminan bahawa kerajaan akan melaksanakan Skim Insurans Pekerja (EIS) bagi membantu pekerja yang diberhentikan oleh majikan.
Pendirian kerajaan dilihat muktamad dan menegaskan mereka tidak dipengaruhi oelh mana-mana pihak bagi melaksanakan perkara ini.
Richard juga menyatakan telah memberi taklimat kepada Majlis Ekonomi Negara sehingga empat kali dan menegaskan ia bukanlah satu cadangan yang calang-calang. Menurutnya, Majlis Ekonomi Negara perlu menerima dahulu cadangan ini sebelum ia dibawa ke kabinet.
Dalam kenyataan yang dibuat di parlimen semalam, beliau mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan penyokong pelaksanaan skim ini.
Tambahnya lagi, “Kerajaan telah mengkaji skim ini selama hampir tiga tahun, untuk mendapatkan maklumat kesan positif dan negatif pelaksanaannya.”
Pihak kerajaan juga telah melakukan lawatan kerja ke beberapa buah negara yang melaksanakan skim ini bagi mendapatkan input berhubung faedah insurans pekerjaan.