Presiden Donald Trump akan diberi taklimat untuk melaksanakan perubahan kod cukai dengan pelbagai cara pada Khamis. Dasar percukaian merupakan antara dasar yang diberi tumpuan setelah kegagalan beliau di dalam percubaan untuk menggantikan Obamacare.
Sekumpulan pegawai pentadbiran, termasuklah Ketua majlis Ekonomi Negara, Gary Cohn, akan dipertanggungjawabkan untuk membentangkan isu itu kepada Donald Trump. Antara cadangan yang akan dibincangkan di dalam pertemuan tersebut termasuklah pelarasan cukai sempadan, yang dikatakan akan menggantikan cukai pendapatan korporat sebanyak 35 peratus kepada levi sebanyak 20 peratus ke atas jualan domestik syarikat dan barangan yang diimport.
Bagaimanapun aktiviti eksport akan dikecualikan.
Menurut sumber yang dipercayai juga, Trump turut akan diberikan taklimat mengenai butir-butir pelan cukai 2014 yang diperjuangkan oleh bekas Wakil Dave Camp. Camp yang memegang jawatan sebagai Pengerusi House Ways and Means Committee mencadangkan agar cukai korporat kepada 25 peratus, disamping mengurangkan kredit serta potongan cukai tertentu.
Dalam masa yang sama, pilihan lain juga akan dibincangkan di dalam perbincangan penetapan cukai tersebut.
Setiausaha Akhbar White House, Sean Spicer hari ini mengatakan bahawa Trump akan melaksanakan cukai dengan cara yang begitu menyeluruh. Namun, apa yang lebih penting, pelan cukai Trump ini bertujuan untuk pertambahan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dan bukan berkisar kepada hasil yang neutral semata-mata.
Benarkah Sektor Pembuatan di China Bakal Meningkat Lagi? Baca Ulasan Terperinci Ini Segera!