Euro mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam minggu dengan EUR/USD melonjak sebanyak 0.5 peratus kepada 1.0792 iaitu paras tertinggi yang dicapai sejak 3 Februari.
Matawang tunggal Kesatuan Eropah itu mendapat rangsangan selepas calon Emmanuel Macron menunjukkan kelebihan sebagai peneraju utama ketika proses pilihanraya di Perancis. Beliau dilihat lebih kedepan di dalam perbahasan televisyen menentang seteru kuat, Marine Le Pen.
Le Pen sebelum ini berjanji untuk menarik keluar Perancis dari EU dan memperjuangkan manifesto refendum Perancis.
Dalam masa yang sama, Sterling juga didagang lebih tinggi dengan pair GBP/USD didagang lebih tinggi sebaik sahaja laporan inflasi dikeluarkan lebih baik dari jangkaan awal.
Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK, data harga pengguna meningkat sebanyak 2.3 peratus daripada 1.8 peratus ada bulan sebelumnya, berbanding jangkaan penganalisis ekonomi iaitu pada 2.1 peratus.
Disamping itu, US Dollar melonjak lebih tinggi berbanding Yen dengan USD/JPY meningkat sebanyak 0.15 peratus kepada 112.73 selepas menjunam kepada angka yang paling lemah sejak 28 Februari.
Sesi Eropah Menunjukkan Dagangan Yang Lebih Lemah Dari Emas!