Sesi Eropah Menunjukkan Dagangan Yang Lebih Lemah Dari Emas!

49

Sesi Eropah menyaksikan junaman lebih rendah terhadap dagangan logam emas selepas menyentuh paras tertinggi dalam tempoh dua minggu. Pasaran juga menantikan lebih banyak petunjuk daripada beberapa orang pegawai Fed mengenai jangkaan kenaikan kadar yang selanjutnya.

Niaga emas menjunam sebanyak 0.5 peratus atau $5.50 kepada $1,228.40 satu troy ounce.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama lain kali terakhir dinilai menurun sekitar 0.3 peratus kepada 99.86 iaitu tahap yang paling rendah sejak 6 Februari.

US Dollar mula menjunam sejak Fed menetapkan unjuran kenaikan sebanyak dua kali pada minggu lepas sejurus selepas menaikkan kadars edangkan pasaran dikatakan menanti isyarat yang lebih agresif dari Fed.

Dalam masa yang sama, Presiden Fed Chicago, Charles Evans berkata dalam satu komen rasmi bahawa Fed mungkin terpaksa menunggu sehingga mesyuarat Jun untuk membuat keputusan sama ada ingin menaikkan kadar atau tidak.

Kenyataan ini secara tidak langsung turut memberi tekanan buat dagangan US Dollar.

Logam berharga amat sensitif terhadap pergerakan US Dollar kerana ia berpotensi mengubah kos untuk memiliki emas.

Justeru, langkah beransur-ansur yang diambil oleh Fed akan mengurangkan ancaman terhadap momentum emas.

Juga di Comex, niaga silver menyusut sebanyak 7.6 sen manakala platinum menyusut sebanyak 1 peratus.

Merkel Memerlukan Masa Tambahan Untuk Memujuk Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat