Merkel Memerlukan Masa Tambahan Untuk Memujuk Trump!

39

Canselor Jerman, Angela Merkel berkata pada Isnin bahawa sidang kemuncak pemimpin G7 yang akan diadakan pada Mei adalah peluang terbaik untuk menangani perbezaan pandangan dengan AS. Merkel dikatakan akan menggunakan medium berkenaan untuk membincangkan hal ehwal semasa terhadap isu perdagangan yang lebih adil dengan Trump.

Perbezaan pendapat dan pandangan muncul sewaktu pertemuan pemimpin bagi kedua-dua negara minggu lepas. Merkel juga berpendapat bahawa isu-isu yang agak sukar seperti ini semestinya memerlukan perbincangan lanjut dan tidak akan dapat diselesaikan hanya dalam satu mesyuarat.

Dalam satu sidang akhbar di pameran teknologi CeBIT dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, Merkel mengatakan bahawa Presiden Trump berpihak kepada perdagangan bebas, namun adil.

Justeru, Merkel merasakan bahawa pertemuan G7 nanti adalah peluang terbaik untuk Merkel menyelesaikan semua masalah yang perbezaan pendapat terhadap beberapa isu yang dihadapi.

Pemimpin Kumpulan 7 akan bertemu pada bulan Mei di Itali dan isu perdagangan merupakan antara salah satu isu yang hangat untuk dibincangkan disana. Menurut Abe, Jepun dan Kesatuan Eropah akan terus mempertahankan perdagangan bebas dan cuba untuk membuatkan Amerika Syarikat agar mempunyai pendekatan yang sama.

Data Inventori Menjadi Fokus Utama Buat Pasaran Minyak Mentah Ketika Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat