Belum sampai masanya untuk memperkatakan tentang pengurangan pembelian bon European Central Bank (ECB) dan maklumat semasa juga belum menunjukkan ke arah itu, kata Ketua Penganalisis Ekonomi ECB Peter Praet dalam temubual CNBC.
“Terlalu awal untuk persoalan ini (tentang mengurangkan pembelian bon),” kata Praet kepada stesyen TV.
“Kita perlu mengadakan mesyuarat ‘Governing Council‘ untuk membuat penilaian tersebut. Dengan maklumat yang kita ada hari ini, kesimpulannya belum ke arah tersebut.”
ECB mengurangkan pembelian bon dari 80 billion euro kepada 60 billion euro bermula dari bulan ini dan telah beberapa kali mengulangi pendirian akan mengekalkan jumlah pembelian semasa sehingga hujung tahun ini.
Sebelum ini pada Khamis, Draghi berpendirian tiada keperluan untuk mengubah kenyataan polisi ECB, termasuk pembelian bon sehingga penghujung tahun ini dan juga kadar faedah terendah, selagi inflasi tidak mencapai paras yang memberangsangkan.
Ahli-ahli ECB dilihat berusaha untuk mengelakkan sebarang jangkaan perubahan polisi oleh pasaran pada mesyuarat April ini dengan kenyataan-kenyataan ‘dovish‘ yang dibuat sejak minggu lalu. Mesyuarat Jun akan menjadi lebih penting dalam jangka masa sederhana berikutan tempoh tersebut adalah selepas pilihanraya Presiden Perancis.