Jabatan Buruh US melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas lebih daripada jangkaan. Bacaan tersebut menghampiri bacaan terendah dalam tempoh 4 dekad yang lalu.
Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 03 November meningkat sebanyak 10,000 kepada 239,000.
Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran akan meningkat sebanyak 232,000.
Minggu lalu juga adalah minggu ke-136 tuntutan pengangguran berada di bawah 300,000 yang mana menunjukkan kukuhnya pasaran pekerjaan Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.
Data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.
Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di US.