Pasti ramai yang tertanya-tanya dengan kejatuhan pasangan matawang EUR/USD walaupun data pekerjaan US (Non- Farm Payroll, NFP) yang dikeluarkan adalah negatif.
Average hourly earnings (purata gaji per/jam) jatuh kepada 0.1% berbanding sebelum ini pada Julai naik 0.3% dan jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.2%.
Non-farm employment change (perubahan jumlah pekerjaan bukan perladangan) pula hanya menambah 156,000 berbanding jangkaan 180,000 dan bacaan sebelum ini pula di revised down (dikaji semula) kepada 189,000 dari 209,000 yang direkodkan sebelum ini. Manakala kadar pengangguran naik kepada 4.4% yang mana adalah tidak bagus kepada pasaran pekerjaan.
Oleh sebab itu, kita masih melihat EUR/USD naik pada mulanya atas sebab data NFP US yang negatif kepada USD. EUR/USD naik 63 pip pada mulanya dalam time-frame satu jam selepas pengumuman data pukul 8.30 malam Jumaat.
Namun, tidak sempat EUR/USD meneruskan kenaikan, satu berita dikeluarkan oleh Bloomberg bahawa ECB tidak akan membuat sebarang pengumuman tentang pengurangan rangsangan (tapering) sehingga Disember. Hal ini telah menyebabkan EUR/USD membuat pullback selepas naik 63 pip.
Bloomberg juga melaporkan ECB akan sangat berhati-hati dalam komunikasi mereka di mana ia dilihat sebagai kurangnya keyakinan bank pusat untuk memberikan komen yang lebih hawkish selepas ini.
Hal ini lah yang menyebabkan EUR/USD jatuh semula di mana market sebelum ini menjangka ECB akan mengumumkan tentang tapering dalam mesyuaratnya minggu depan.
Walaubagaimanapun, berita yang dikeluarkan oleh Bloomberg ini bukanlah berita rasmi, dan pasaran masih akan menunggu isyarat-isyarat yang lebih jelas dalam mesyuarat ECB pada 7 September.