Jumlah pekerjaan di Kanada meningkat sebanyak 19,400 pada Mac berbanding 15,300 yang direkodkan sebelum ini, di mana data kali ini lebih dari jangkaan pasaran 5,700.
Bacaan kali ini lebih dari jangkaan pasaran buat kali ke lapan, menunjukkan pasaran pekerjaan yang semakin kukuh.
Namun, kadar pengangguran naik kepada 6.7% dari 6.6% yang sejajar dengan jangkaan pasaran.
Komponen data penting iaitu pekerjaan sepenuh masa meningkat sebanyak 18,400 pada tempoh sama dengan kenaikan yang kecil dalam pekerjaan separuh masa sebanyak 1,000.
Secara keseluruhan, jumlah pekerjaan meningkat sebanyak 276,000 secara tahunan sehingga Mac dengan pekerjaan sepenuh masa bertambah sebanyak 223,000.
Bank Pusat Kanada sebelum ini mengekalkan jangkaan yang berhati-hati kepada ekonomi di masa hadapan, walaupun petunjuk ekonomi yang berkaitan dengan permintaan adalah memberangsangkan.
Dengan satu lagi data pekerjaan yang positif kali ini, sepatutnya akan memperlihatkan penilaian positif oleh Bank of Canada, khususnya dengan kenaikan kukuh sektor pembuatan. Bank Pusat akan mengumumkan polisi monetari pada minggu hadapan.
Sejurus data ini dikeluarkan, Dolar Kanada menguat dengan Usd/Cad jatuh 80 pip dalam masa 15 minit.