Harga emas didagang lebih tinggi pada Isnin dalam awal sesi dagangan US dan telah mencapai paras tertinggi dua minggu lalu berikutan sentimen semasa polisi monetari The Fed yang semakin kabur.
Harga hadapan emas di Comex naik 0.49% setakat pukul 10.45 pm, naik $6.15 di mana sebentar tadi ia telah mencapai paras tertinggi 3 Julai di $1,234.76.
Pasaran emas biasanya akan meningkat apabila berlaku kelemahan US dolar yang signifikan seperti yang berlaku minggu lalu. Emas juga cenderung mengukuh apabila terdapat risiko geopolitik di negara-negara utama dunia khususnya Amerika Syarikat.
Emas merekod kenaikan 1.5% minggu lalu selepas komen dovish oleh Pengerusi The Fed Janet Yellen. Hal ini diburukkan lagi apabila data inflasi yang dikeluarkan pada Jumaat meleset daripada jangkaan pasaran seterusnya mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah pada Disember.
Potensi kenaikan kadar faedah pada Disember yang dapat dilihat dalam pasaran hadapan kurang daripada 40% setakat ini, jatuh daripada 50% dua minggu lalu.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain jatuh ke paras terendah 10 bulan lalu di 94.86 dan ketika ini berada di sekitar 94.91 setakat pukul 10.51 pm.
Apabila melihat pergerakan hasil-bon global yang bergerak lebih rendah, ia dilihat menyokong logam berharga seperti emas. Hasil-bon 10 tahun US jatuh kepada 2.31% dari 2.39% awal bulan ini.
Laporan ekonomi akan menjadi fokus pasaran minggu ini dalam menilai kekuatan ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada polisi monetari The Fed. Bagi pedagang matawang, sudah tentu jangkaan kepada tindakan bank pusat adalah sangat penting dalam menganalisis pergerakan sesuatu matawang.