Matawang US dolar sekali lagi menjunam minggu ini pada Khamis dalam suasana pasaran yang tidak banyak berhadapan dengan data-data ekonomi penting.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.32% setakat ini pada pukul 8.18 malam.
USD/JPY jatuh 80 pip sejak pagi tadi selepas mencapai paras tertinggi di 114.06. USD/CHF pula jatuh 73 pip selepas mencapai paras tertinggi. EUR/USD pula naik 55 pip dari pars terendah dan GBP/USD terpantul semula sebanyak 45 pip dari paras terendah.
US Dolar sebenarnya berhadapan dengan tekanan apabila Trump dalam rangka lawatannya ke Asia. Selepas berada di Korea Selatan pada Selasa, kini Trump telah memeterai perjanjian perdagangan bersama China pada Khamis.
Sejujurnya belum ada berita yang mengaitkan kejatuhan US dolar ketika ini. Namun, apabila kita melihat perkembangan pasaran sejak daripada Isnin, ada beberapa faktor yang boleh diambil kira iaitu, risiko percukaian US dan pelabur berhati-hati dengan lawatan Trump ke Asia.
Sebelum ini pemain pasaran semakin yakin dengan reformasi cukai Trump sehingga menyokong pemulihan US Dolar sejak dua bulan lalu. Oleh itu, dengan potensi penangguhan cukai ini sehingga tahun depan sudah tentu menekan semula US Dolar.
Pelabur semakin berharap percukaian US ini akan berjaya menjadi satu rang undang-undang yang sah. Namun, ada beberapa ketidaktentuan di mana Republikan gagal memansuhkan Obamacare sebelum ini dan juga kebimbangan terhadap gagalnya pemotongan cukai korporat.
Walaupun dengan jangkaan kenaikan kadar faedah Fed pada Disember, US dolar dilihat masih sukar meneruskan kenaikan dengan sentimen semasa yang negatif kepada US dolar ketika ini kecuali percukaian US itu dapat diluluskan.
Malam ini satu lagi data US akan dikeluarkan iaitu data keyakinan pengguna oleh Universit of Michigan.
Dalam jangka lebih panjang, pelabur akan lebih memberi perhatian kepada perkembangan cukai US dengan kenaikan kadar faedah Fed sememangnya telah dijangka pada Disember.