US dolar menjunam ke paras terendah lima bulan lepas berbanding Yen pada Isnin berikutan ketegangan yang semakin memuncak terhadap Korea Utara yang mengekalkan permintaan matawang ‘safe haven‘ Yen.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan ‘greenback‘ berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.25% ke paras 100.12 yang turut disebabkan kelemahan data harga pengguna (CPI) dan jualan runcit.
US dolar meneruskan kerugian dan kini didagang di sekitar 108.41. Pada sesi awal Asia hari ini Yen mencapai paras terendah sejak November di 108.13.
Risiko geopolitik yang semakin meningkat dengan ujian peluru berpandu Korea Utara pada Ahad gagal. Ketegangan di semenanjung Korea memuncak sepanjang minggu lalu di mana Trump dilihat tegas dalam menyelesaikan masalah senjata nuklear Korea Utara.
“Ia masih lagi tidak jelas sama ada masalah ini akan mencetuskan tindakan ketenteraan, tetapi ketidaktentuan semakin meningkat dan US dolar juga terus bergerak ke bawah. Dalam masa yang sama US dolar juga dilihat goyah dari segi teknikal yang telah berada di bawa moving average 200,” kata ketua penganalisis matawang di Mizuho Securities Tokyo Masafumi Yamamoto.
Kedudukan Jepun yang berdekatan dengan wilayah konflik juga membawa risiko kepada status ‘safe haven‘ Yen jika perkara ini memaksa penglibatan Jepun dalam konflik Washington dan Pyongyang.
“Ketika ini pasaran masih bergerak normal, dengan reaksi pasaran yang menyebabkan pasaran ekuiti yang lemah, hasil bon rendah dan pengukuhan Yen berbanding Dolar,” kata Koji Fukaya Presiden FPG Securities di Tokyo.