US dolar ketika ini mengukuh selepas laporan data perumahan pukul 9.30 malam pada Selasa. Pasaran ketika ini menunggu undian oleh Kongres terhadap perubahan cukai AS.
Jumlah dagangan dijangka semakin kecil menjelang cuti perayaan Krismas minggu depan.
Data permit bangunan mencatat 1.30 juta berbanding jangkaan 1.27 juta. Data akaun semasa juga menunjukkan defisit yang semakin kecil berbanding sebelum ini. Manakala pembinaan rumah yang telah dimulakan bulan lalu turut meningkat.
NZD/USD menjadi pasangan matawang yang paling banyak mencatat kejatuhan sejak pukul 9 malam dengan kombinasi data positif AS dan juga data indek harga GDT New Zealand yang merosot 3.9% berbanding kenaikan 0.4% sebelum ini.
Pasaran Komoditi
Harga minyak mentah bergerak lebih tinggi pada Selasa sebelum membaut penurunan semula. Kenaikan pada Selasa disokong oleh gangguan bekalan di North Sea.
Namun, pergerakan harga minyak mentah dijangka akan terus berada dalam keadaan ‘range-bound’ disebabkan jangkaan kepada peningkatan pengeluaran di AS.
Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) setakat pukul 11.09 malam berada di sekitar $57.45 setong naik 0.44%.