Dolar terus mengukuh di pasaran Eropah berbanding matawang utama yang lain menjelang pengumuman pembaharuan cukai US oleh Trump malam ini.
Di akhir sesi dagangan New York semalam, USD sedikit melemah akibat pelabur tidak yakin dengan nada “hawkish” dalam ucapan bercampur Yellen, menyebabkan pasangan matawang USD/CAD tidak berjaya mengekalkan ketinggian di atas paras 1.2400. USD/CAD jatuh hampir 80 pip kepada 1.2330 dan tutup pada harga 1.2365.
Sepanjang dua sesi dagangan hari ini, pembelian US dolar semakin meningkat disebabkan oleh pelabur tetap memandang positif jangkaan kenaikan kadar faedah Fed tahun ini, dan pasaran juga optimis dengan pembaharuan cukai yang akan dibentangkan oleh Trump di White House pada malam ini.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain termasuk loonie (CAD) melonjak sebanyak 43 mata atau 46% kepada 93.25
USD/CAD juga berjaya mencapai semula paras 1.2400 meningkat 0.40% atau 50 pip pada jam 4.40 petang. Fokus pasaran kewangan hari ini adalah pada bacaan data pesanan barangan tahan lama dan pesanan perumahan di Amerika.
Bagi matawang loonie pula, bacaan data bekalan minyak US oleh EIA juga akan diteliti kerana akan memberi kesan langsung kepada nilai matawang komoditi tersebut. Selain itu, Gabenor Bank Pusat Canada (BoC), Stephen Poloz dijadualkan berucap untuk pertama kalinya malam ini selepas BoC membuat kejutan dengan menaikkan kadar faedah pada bulan ini.