Bekas Pengerus Federal Reserve, Alan Greenspan memberi satu amaran yang membimbangkan Eropah, dengan berkata, “The Eurozone is not working“. Dalam kata lain Zon-Eropah atau Kesatuan Eropah (EU) tidak berfungsi.
Greenspan yang berkhidmat sebagai pengerusi di The Fed dari 1987-2006 sebelum digantikan oleh Ben Bernanke menyatakan kebimbangannya tentang kekuatan ekonomi yang tidak seimbang dalam penggunaan ‘satu matawang’ di kalangan negara Zon Eropah.
Ketidakseimbangan ini meliputi semua negara dari utara ke selatan Zon Eropah, dengan negara yang lebih maju seperti Jerman menampung dana negara-negara di selatan. Dalam hal ini Greenspan berpendapat ia tidak boleh terus berlaku.
Tambah beliau lagi, European Central Bank (ECB) mempunyai masalah yang lebih besar berbanding Federal Reserve. Aset ECB dalam penyata pembayaran (balance sheet) semakin tinggi berbanding sebelum ini dan Greenspan menyatakan kebimbangannya terhadap matawang ‘Euro’ itu sendiri.
Greenspan berkata pada pagi undian Brexit sebelum ini kepada CNBC bahawa, “Brexit bukanlah pengakhiran kepada satu masalah yang besar, kerana saya merasakan ia akan bermula di Eropah kerana Zon Eropah adalah satu masalah yang serius”.
Greece contohnya yang telah mengalami krisis hutang sejak 2009 lagi dan kali ini IMF pula memberi komen krisis hutang tersebut akan meletup. Sejak dari itu, krisis tidak selesai dengan pemberi dana seakan tidak mahu lagi membantu negara ini.
Jika dilihat dengan penggunaan polisi oleh ECB, akan membuat kita terfikir bagaimana satu bentuk polisi boleh menyamai kesan kepada semua negara di Zon Eropah walaupun negara-negara ini mempunyai masalah yang berbeza. Komen dari Alan Greenspan ini perlu diambil perhatian oleh pihak Zon Eropah!