ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc) hasil dari usahasama Moody’s Analytics.
Actual: 250K Forecast: 191K Previous: 190K
Diingatkan kepada para pembaca bahawa esok laporan Non-Farm Payroll untuk bulan Disember akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data ‘average hourly earnings’ juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk trend kenaikan kadar gaji.