Luno salah satu pusat tukaran matawang crypto terkenal dunia mengeluarkan kenyataan terkini mereka tentang masalah operasi yang menyebabkan proses deposit dan pengeluaran yang terpaksa dihentikan di Malaysia.
Pusat tukaran yang berpangkalan di London ini berkata melalui e-mel bahawa akaun bank Luno di Malaysia telah dibekukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berikutan siasatan yang sedang berjalan berkaitan percukaian.
Disebabkan pembekuan akaun mereka, Luno tidak dapat memproses deposit dan pengeluaran wang di Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu.
Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN) meminta Luno untuk menyediakan maklumat semua pelanggan mereka di Malaysia termasuk pengenalan diri, deposit/withdrawal dan juga transaksi.
Secara umumnya, Luno mahu semua pelanggan di Malaysia mematuhi undang-undang percukaian termasuk pengisytiharan tentang keuntungan yang didapati melalui dagangan matawang crypto.
Luno menegaskan bahawa mereka akan memastikan perkara ini berakhir dengan positif untuk semua orang termasuk pelanggan mereka. Walaubagaimanapun, perkara ini perlu sedikit masa dan meminta semua pelanggan bersabar dan terus menyokong mereka. Malangnya, Luno mengatakan mereka tidak dapat memberikan tempoh bilakah perkara ini akan selesai dan akan mengemas kini secepat mungkin jika ada berita terbaru tentang perkara ini.