FUNDAMENTAL: NEUTRAL
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 ogos 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
- RBA mengatakan ekonomi dijangka berkembang sedikit di atas 3% pada 2018 dan 2019 disokong oleh keadaan perniagaan yang positif dan tahap pelaburan awam yang lebih tinggi.
- Penganalisis pasaran melihat penggunaan isi rumah kekal sebagai sumber ketidakpastian disebabkan oleh tahap hutang yang tinggi.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
- Kadar pengangguran di Australia turun kepada 5.4% pada bulan Mei 2018 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya manakala jangkaan pasaran adalah 5.5%.
- Harga pengguna (CPI) di Australia meningkat sebanyak 1.9% sepanjang tahun hingga suku tahun 2018, sama seperti pada suku sebelumnya.
- Kadar pengangguran Australia kekal pada 5.4 peratus pada Jun, walaupun ekonomi menambah 50,900 peluang pekerjaan. Jumlah pekerjaan sepenuh masa menaik sebanyak +41,200 berbanding dengan -20,600 pada bulan Mei.
PLAN: SELL AUD
- Sentimen pasaran dalam keadaan tidak stabil (risk off). Ini disebabkan ketegangan perang dagang yang kembali. PBOC juga turut melemahkan matawang Yuan sekaligus akan menyebabkan matawang AUD terjejas atas faktor rakan dagang utama.
- Pelabur menjangkakan kadar faedah di Australia akan kekal di paras yang rendah.