AUD masih didagangkan lemah dan kejatuhan ketara dicatatkan berbanding matawang-matawang utama yang lain sejak dua minggu lalu.
Penyusutan nilai matawang tersebut dibayangi oleh jangkaan inflasi yang perlahan oleh Reserve Bank of Australia (RBA). AUD juga turut terkesan oleh data jualan runcit dan pengeluaran oleh China yang gagal mencapai jangkaan pasaran.
Manakala pasaran global yang dijangka melemah ekoran ketegangan geopolitik Turki-Amerika memberi kelebihan kepada matawang CHF. Pelabur yang bimbang terhadap keadaan semasa pasaran yang berisiko akan beralih tumpuan terhadap matawang safe-haven antaranya adalah CHF. Hal ini akan membuatkan permintaan terhadap matawang tersebut turut meningkat.
AUD/CHF membuat penurunan setelah berjaya menembusi (breakout) paras support 0.73100 sebelum ini sehingga semalam.
Harga dilihat bergerak perlahan pada sesi Asia pagi tadi dan menguji paras support di 0.71800. Namun, harga dilihat membuat sedikit kenaikan pada sesi London dan harga semasa berada di zon sekitar paras 0.72100 setakat jam 5.30 petang.
Jika harga mampu membuat kenaikan, paras resistance tumpuan adalah pada resistance sebelum ini di 0.72500. Namun jika harga berjaya menembusi (breakout) paras support 0.71800, harga berpotensi untuk turun lebih rendah ke arah support 0.711550.
Paras support: 0.71710, 0.71480, 0.71152.
Paras resistance: 0.72268, 0.72596, 0.72826.