Sentimen pasaran semasa agak menyebelahi matawang AUD buat masa ini. Bacaan positif daripada data-data ekonomi minggu lalu bagi Australia dilihat menyokong kekuatan matawang AUD. Jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) menunjukkan bias positif matawang ini.
Sentimen dalam keadaan risk-on buat masa ini tidak menyokong matawang CHF di mana pasaran akan beralih kepada matawang yang lebih tinggi pulangannya. Dari situ dijangkakan matawang CHF akan melemah. Naib Presiden SNB juga berkata dasar monetari polisi SNB sangat longgar dan berjanji untuk campur tangan dalam pasaran tukaran matawang.
Secara teknikal, harga bagi pasangan matawang AUD/CHF dilihat membuat penurunan sejak dua minggu berturut-turut dari paras resistance 0.74000 sehingga ke paras support minggu lepas di 0.71750. Harga dilihat mula membuat kenaikan pada Rabu lalu dan membuat sedikit lonjakan pada lewat sesi pasaran New York ditutup awal pagi Sabtu lalu.
Pada sesi Asia hari ini (Isnin), harga dilihat didagangkan lemah serta bergerak perlahan dan harga semasa bergerak di sekitar paras 0.72770 setakat jam 4 petang. Jika harga terus membuat kenaikan dan berjaya menembusi (breakout) resistance di paras 0.73200, resistance yang bakal diuji adalah pada paras resistance dua minggu lalu iaitu di 0.74000.
Sebaliknya, jika harga terus melemah, penurunan harga berpotensi untuk mencapai ke paras support 0.71750. Ikuti perkembangan sentimen semasa bagi memantau pergerakan harga bagi AUD/CHF ini.
Paras support: 0.72392, 0.72044, 0.71815.
Paras resistance: 0.72969, 0.73198, 0.73546.