Secara teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD dilihat telah membuat kenaikan semula dari paras 0.7202 kembali semula ke paras SBR (support become resistance) 0.72350 setelah penurunan dibuat pada hari sebelumnya. Aussie yang sedikit mengukuh pada sesi pasaran New York Jumaat lalu melihatkan harga membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line namun tidak kesampaian sebelum menutup harga lebih rendah.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 0.7222 hari ini dan dilihat terus menuju ke paras support 0.7202 (MagicS1). Jika harga berjaya meneruskan penurunan dan turun lebih rendah dari paras tersebut, berkemungkinan harga akan menuju ke paras support yang lebih rendah yang berada pada paras 0.7182 (MagicS2). Seterusnya, jika harga masih menyambung penurunannya, pasaran akan menunggu respon harga pada paras 0.71700 yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini dan dijangka harga akan mencecah ke paras support 0.7162 (MagicS3) jika harga mampu breakout paras tersebut.
Namun, jika harga mampu membuat lonjakan semula, kebarangkalian yang dilihat adalah harga bakal menguji paras resistance 0.7241 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Dan jika harga terus mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat, harga boleh menuju ke paras resistance seterusnya yang dilihat berada pada paras 0.7261 (MagicR2). Seterusnya, jika harga masih membuat kenaikan, harga bakal menguji semula paras resistance 0.7281 (MagicR3) yang sebelum ini beberapa kali telah diuji harga namun gagal ditembusi.
Dagangan pada minggu ini dijangka sedikit berisiko menjelang data pekerjaan dan pendapatan di Amerika Syarikat pada Jumaat ini. Dinasihatkan supaya kawal posisi trade anda sebaik mungkin dan boleh lihat indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal anda.
Paras support: 0.7202, 0.7182, 0.7162.
Paras resistance: 0.7241, 0.7261, 0.7281.