Seperti jangkaan AUD/USD berjaya untuk terus bearish semalam setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance sekitar harga 0.7880/70 dan membentuk new LL(rujuk analisis 8/1/2018). Jika diperhatikan ketika ini, ia berpotensi untuk membentuk pattern reversal signal bearish ‘head and shoulder’ sekiranya ia gagal untuk breakout Key Resistance terhampir hari ini 0.7830 untuk terus bearish.
Target bearish terhampir adalah 0.7805 dan jika breakout ia aakan mencapai ke support seterusnya iaitu 0.7780 bagi membentuk new LL. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Resistance hari ini, AUD/USD berkemungkinan akan menguji previous LH 0.7860 sebelum bearish.
Oleh itu, kebarangkalian untuk bearish adalah tinggi ketika ini selagi ia tidak breakout 0.7873.