Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan Isnin semalam dilihat terus menyambung penurunan yang dibuat harga pada dagangan penghujung minggu lalu. Harga yang membuat kenaikan pada awal sesi menyentuh paras Magic Pivot sebelum meneruskan penurunan sehingga melepasi paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Aussie yang didagangkan bercampur-campur terus menerima tekanan daripada dollar USD setelah USD terus mengukuh selepas mesyuarat FOMC pada minggu lalu yang bernada hawkish menambahkan lagi keyakinan pasaran terhadap pendirian FED untuk meneruskan pengetatan dasar monetari pada Disember.
Pada sesi pasaran Asia, Perdana Menteri China Le Keqiang menerusi Reuters, menyentuh mengenai keperluan terhadap perdagangan bebas dalam ucapannya di Singapura dan bersedia untuk membuat lawatan ke Amerika Syarikat bagi membincangkan isu tersebut disamping mengurangkan ketegangan perang dagang di antara AS-China. Dengan itu, dilihat harga pada chart AUD/USD kembali membuat kenaikan sehingga melonjak melepai paras Magic Pivot 0.7194 hari ini sebelum harga menyentuh paras resistance 0.7216 (MagicR1) dan menguji paras tersebut menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus membuat kenaikan, harga dilihat akan menuju ke paras resistance yang seterusnya yang berada pada paras 0.7259 (MagicR2) sebelum kenaikan harga yang lebih tinggi dijangka akan ke paras resistance 0.7281 (MagicR3).
Namun, jika jika lonjakan harga ini adalah sekadar pembetulan harga (correction) sebelum USD kembali menekan semula harga selepas ini, dijangka penurunan harga kembali berlaku dan harga akan menuju ke paras support pada 0.7150 (MagicS1) jika harga turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini. Seterusnya, harga yang berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah berkemungkinan menjadikan paras support 0.7128 (MagicS2) sebagai destinasi penurunan harga yang seterusnya. Namun, jika Aussie terus mengalami kejatuhan nilai di samping terus mendapat tekanan daripada pengukuhan USD, harga boleh mencecah kejatuhan sehingga ke paras sekitar 0.7084 (MagicS3).
Nilai matawang Aussie dalam pasaran semasa banyak terkesan dipengaruhi oleh ekonomi di China di atas faktor rakan dagang terbesar. Tumpuan pasaran pada minggu ini adalah kepada data pekerjaan di Australia yang akan dikeluarkan pada Khamis ini. Lihat paras support dan resistance pada chart AUD/USD dengan membandingkan paras harga pada indicator Moshed Magic Line bagi mendapatkan posisi dagangan harian yang terbaik untuk anda.
Paras support: 0.7150, 0.7128, 0.7084.
Paras resistance: 0.7216, 0.7259, 0.7281.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI