Jika diteliti pada pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk sesi dagangan semalam, harga berjaya membuat lonjakan pada sesi pasaran Asia semalam sebelum sentimen pasaran yang dilihat bercampur-campur melihatkan harga bergerak mendatar di antara paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Momentum pengukuhan USD yang semakin pudar bukanlah disebabkan faktor ekonomi di AS, tetapi terkesan daripada isu global yang positif seperti rundingan Brexit di mana membuatkan pelabur mengambil dahulu posisi belian USD sebelum ini.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan dan menuju ke paras resistance 0.7239 (MagicR1) namun sebelum harga berjaya menyentuh paras tersebut, harga kembali dilihat membuat penurunan semula berkemungkinan matawang Aussie yang terkesan daripada data jualan runcit di China yang dikeluarkan pagi tadi menunjukkan permintaan domestik yang perlahan di mana akan terus menjejaskan ekonomi kedua terbesar dunia itu. Jika harga terus bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7202, support pada 0.7179 (MagicS1) dilihat akan menjadi paras awal dituju harga. Kemudiannya, harga akan menyambung penurunan untuk menguji paras support 0.7141 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini dan jika harga masih meneruskan penurunan, jangkaan harga akan mencecah paras support 0.7119 (MagicS3) pada chart AUD/USD.
Tumpuan pasaran seterusnya adalah kepada data pekerjaan di Australia yang akan dikeluarkan esok dan diramalkan akan mencatatkan angka yang meningkat. Jika Aussie kembali mengukuh semula dalam pasaran menjelang ke arah data tersebut, berkemungkinan harga akan kembali membuat kenaikan sehingga melepasi paras resistance MagicR1 sebelum harga menuju ke paras 0.7262 (MagicR2). Seterusnya jika Aussie terus didagangkan mengukuh berbanding matawang USD, harga mampu membuat lonjakan sehingga mencapai paras resistance 0.7300 (MagicR3) dan menguji paras ketinggian semasa harga pada chart AUD/USD yang dicapai minggu lalu.
Terus ikuti perkembangan ekonomi di China yang mempengaruhi nilai matawang dollar AUD dan juga beri tumpuan terhadap data pekerjaan di Australia pada hari esok. Gunakan indicator Moshed Magic Line pada chart AUD/USD anda bagi mendapatkan analisis teknikal harian yang lebih berkualiti.
Paras support: 0.7179, 0.7141, 0.7119.
Paras resistance: 0.7239, 0.7262, 0.7300.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI