Matawang AUD dilihat berisiko untuk didagangkan pada minggu ini di mana selain daripada data-data ekonomi Australia yang dijangka lemah, Aussie turut terkesan daripada ekonomi semasa China yang dilihat goyah. Jangkaan polisi di China semakin longgar di mana PBOC mengumumkan akan mengurangkan reserve requirement ratio untuk bank perdagangan berskala besar. Pergerakan harga pada Jumaat lalu dilihat gagal menembusi paras resistance 0.71300 sebelum membuat penurunan semula menuju ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line.
Pada pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan di paras lebih rendah dari Magic Pivot 0.7117 hari ni bergerak perlahan sejak awal sesi bermula dan kemudiannya bergerak menuju ke paras Magic Pivot pada awal sesi pasaran Eropah. Jika AUD terus diberi tekanan, harga bakal membuat penurunan dan menguji paras support terdekat iaitu pada 0.7094 (MagicS1) terlebih dahulu. Kemudiannya, harga berkemungkinan bakal menyambung lagi penurunan ke paras yang lebih rendah dan paras support 0.7079 (MagicS2) dilihat paras yang akan dituju harga. Data perkerjaan di Australia yang turut dijangka lemah menguatkan lagi jangkaan harga akan turun lebih rendah dan boleh mencecah sehingga ke paras support 0.7056 (MagicS3).
Namun, jika sebaliknya yang berlaku dalam pasaran minggu ini, AUD mungkin bakal mengukuh semula dan membuat kenaikan menguji paras resistance 0.7132 (MagicR1) yang telah diuji pada Jumaat lalu. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal membuat lonjakan sehingga ke paras resistance 0.7154 (MagicR2) sebelum harga menguji pula paras resistance 0.7170 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance).
Terus ikuti perkembangan isu perang dagang AS-China yang mempengaruhi nilai semasa matawang Aussie. Untuk memantau pergerakan harga pada chart AUD/USD, teliti paras-paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line yang menjadi paras tumpuan harga.
Paras support: 0.7094, 0.7079, 0.7056.
Paras resistance: 0.7132, 0.7154, 0.7170.