Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk dagangan semalam dilihat agak sederhana di mana harga cuba untuk membuat penurunan sejak awal sesi Asia bermula, namun harga dilihat kembali melonjak dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum pasaran New York menutup sesi dagangannya dan pelabur menunggu data pekerjaan di Australia pada pagi ini.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga pada chart AUD/USD telah melonjak berikutan data pekerjaan yang dikeluarkan pada jam 8.30 pagi tadi mencatatkan bacaan yang memberangsangkan dengan angka pekerjaan untuk November meningkat sebanyak 32.8K jauh melebihi jangkaan pasaran. Harga pada mulanya memulakan dagangan sedikit tinggi dari paras Magic Pivot 0.7224 hari ini kemudiannya telah melonjak sebentar tadi sehingga melepasi paras resistance 0.7260 (MagicR1) sebelum mula bergerak mendatar sekitar paras harga 0.72700 setakat jam 2.17 petang. Sedikit lagi kenaikan yang dibuat harga bakal menyentuh paras resistance pada paras 0.7290 (MagicR2) berhampiran zon ketinggian yang diuji harga minggu lalu. Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut dan meneruskan lagi kenaikan, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian baru sehingga 0.7326 (MagicR3).
Namun, jika USD kembali mengukuh dan memberi tekanan semula kepada Aussie, harga boleh membuat penurunan semula berkemungkinan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7224 sebelum menuju ke paras support 0.7195 (MagicS1). Seterusnya, harga yang menyambung penurunan dilihat akan ke paras support 0.7158 (MagicS2) untuk mengatasi paras terendah semasa harga pada chart AUD/USD sebelum ini. Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga mampu untuk mencecah paras serendah 0.7129 (MagicS3).
Terus ikuti perkembangan ekonomi di Australia, isu perang dagang dan juga ekonomi semasa di China yang mana faktor-faktor ini banyak mempengaruhi nilai matawang Aussie dan juga pergerakan harga pada chart AUD/USD. Lihat paras tumpuan harga pada chart AUD/USD dengan membandingkan paras yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 0.7195, 0.7158, 0.7129.
Paras resistance: 0.7260, 0.7290, 0.7326.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI