Pergerakan harga pada pasangan matawang AUD/USD semalam menunjukkan penurunan harga dibuat ekoran matawang USD yang lebih mengukuh berbanding Aussie pada dagangan semalam. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat kenaikan pada awalnya menyentuh paras resistance MagicR1 sebelum membuat penurunan sehingga melepasi paras Magic Pivot dan support MagicS1. Bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini pula, Aussie kembali mengukuh semula selepas data pekerjaan di Australia yang dikeluarkan pada 8.30 pagi tadi menunjukkan bacaan yang positif. Walaupun data perubahan pertambahan pekerjaan kurang dari nilai jangkaan, namun kadar pengangguran mencatatkan bacaan terendah sejak enam tahun lalu seterusnya melonjakkan semula kenaikan harga pada chart AUD/USD.
Harga dilihat telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 0.7124 hari ini dan menuju ke paras resistance 0.7142 (MagicR1). Jika kenaikan harga diteruskan dan harga berjaya melepasi paras resistance MagicR1, berkemungkinan harga akan menuju ke paras resistance 0.7177 (MagicR2) untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut. Sekiranya harga mampu breakout zon SBR tersebut, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian baru pada resistance 0.7196 (MagicR3).
Namun, jika Aussie gagal mengekalkan momentum pengukuhannya, harga bakal meneruskan semula penurunan yang dibuat semalam dengan faktor USD yang berkemungkinan kembali mendapat permintaan dalam pasaran. Penurunan yang dibuat harga dilihat akan menuju ke paras support pada 0.7088 (MagicS1) untuk harga menguji terlebih dahulu paras yang menjadi tumpuan harga tersebut. Seterusnya, harga yang berjaya breakout paras tersebut dijangka akan menuju ke paras support 0.7070 (MagiS2) sebelum harga bakal menyambung penurunan menguji paras support 0.7035 (MagicS3) yang berada pada zon major support dan masih belum berjaya ditembusi harga sebelum ini.
Paras support: 0.7088, 0.7070, 0.7035.
Paras resistance: 0.7142, 0.7177, 0.7196.