Secara pandangan teknikal, pergerakan harga pada pasangan matawang AUD/USD pada sesi pasaran New York semalam dilihat penurunan dibuat harga selepas menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Harga terus membuat kejatuhan sehingga ke sesi pasaran Asia hari ini setelah matawang AUD terkesan akibat daripada isu perang dagang dimana Presiden Trump semalam dilaporkan telah mengumumkan tarif tambahan bernilai $200 billion terhadap barangan China bermula 24 September ini.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat telah turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7172 sehingga ke paras support 0.7147 (MagicS1) sebelum harga membuat lonjakan semula selepas minit mesyuarat telah dikeluarkan oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada jam 9.30 pagi tadi. Harga telah melonjak melepasi paras resistance 0.7201 (MagicR1) dan sedang menguji zon resistance pada paras 0.72100-0.72300 di mana harga semasa berada pada paras 0.72140 setakat jam 2.57 petang. Pada zon tersebut juga dilihat terdapat satu paras resistance 0.7226 (MagicR2) yang dilihat sedang dituju harga. Jika paras ini berjaya ditembusi (breakout), harga dijangka akan membuat Higher High yang baru berkemungkinan di paras resistance 0.7256 (MagicR3).
Sebaliknya, jika pasaran kembali melihat Aussie sebagai matawang yang berisiko ekoran isu perang dagang, jangkaan harga bakal membuat kejatuhan semula ke paras Magic Pivot 0.7172 dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), jangkaan harga akan menuju ke paras support 0.7147 (MagicS1). Jika harga terus membuat penurunan, harga berpotensi mencecah ke paras support 0.7117 (MagicS2) dan seterusnya pasaran ingin melihat reaksi harga pada paras support 0.7092 (MagicS3) yang juga dilihat berada pada zon major support yang pernah diuji harga sebelum ini.
Matawang AUD dan USD dilihat banyak menerimat kesan daripada isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China disebabkan faktor Australia yang merupakan salah satu rakan dagang terbesar China. Pastikan anda terus mengikuti perkembangan isu perang dagang tersebut dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai tambahan dalam analisis teknikal anda.
Paras support: 0.7147, 0.7117, 0.7092.
Paras resistance: 0.7201, 0.7226, 0.7256.