Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD semalam menunjukkan penurunan harga hampir 100 pips dari paras Magic Pivot sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam dan hampir mencecah paras terendah harga sekitar 0.72000. Faktor utama kepada kejatuhan harga pada chart AUD/USD adalah didorong oleh sentimen pasaran semasa yang kembali berisiko. Dengan itu tumpuan pelabur akan beralih ke arah aset berpulangan rendah dan di samping itu juga, matawang dollar USD turut mendapat permintaan dalam pasaran sekaligus menekankan lagi harga ke paras lebih rendah.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat kembali membuat kenaikan semula sejak awal permulaan sesi dan menuju ke paras Magic Pivot 0.7242. Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 0.7272 (MagicR1). Kemudiannya, momentum kenaikan yang berjaya dikekalkan berpotensi untuk mencapai lonjakan sehingga ke paras resistance sekitar 0.7331 (MagicR2) untuk harga menguji zon ketinggian harga pada Jumaat lalu. Sekiranya harga berjaya mengatasi paras tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian yang baru berkemungkinan ke paras sekitar 0.7361 (MagicR3).
Namun, jika harga melepasi kenaikan pada paras Magic Pivot, harga dilihat akan menyambung semula penurunan yang dilakukan semalam dengan pengukuhan USD yang dikekalkan bakal menekan harga ke paras support terdekat iaitu pada paras 0.7183 (MagicS1). Seterusnya, harga akan turun menguji pula paras support pada 0.7153 (MagicS2) dan berpotensi untuk menjadi paras RBS (resistance become support) pada chart AUD/USD. Dan jika Aussie terus gagal menghalang kejatuhan harga, penurunan boleh mencecah sehingga paras terendah yang baru sekitar 0.7094 (MagicS3).
Terus beri tumpuan pada perubahan sentimen pasaran semasa yang mana memberi kesan kepada kedua-dua matawang AUD dan USD. Tidak lupa juga untuk terus mengikuti perkembangan isu perang dagang yang turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart AUD/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap pada chart harian anda bagi mendapatkan hasil analisis teknikal yang lebih berkualiti.
Paras support: 0.7183, 0.7153, 0.7094.
Paras resistance: 0.7272, 0.7331, 0.7361.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI