Sentimen pasaran tidak menyokong matawang Aussie untuk terus mengukuh pada sesi dagangan semalam. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD menunjukkan sedikit kenaikan pada pada sesi pasaran Asia sehingga ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line, namun harga kemudiannya telah membuat penurunan dan breakout paras support MagicS1 dan menutup harga lebih rendah sekitar paras 0.70800.
Bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat terus menyambung penurunan sehingga ke paras support 0.7061 (MagicS1) jauh lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7093 hari ini. Harga yang meneruskan lagi penurunan seterusnya dijangka akan menuju ke paras 0.7044 (MagicS2) untuk harga menguji zon major support tersebut yang masih gagal ditembusi harga sebelum ini. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan mencari paras lower low yang baru berkemungkinan ke paras 0.7012 (MagicS3).
Namun, sebaliknya jika harga kembali membuat lonjakan semula, jangkaan harga akan naik melepasi paras Magic Pivot 0.7093 menuju ke paras resistance 0.7110. Destinasi seterusnya yang akan menjadi tumpuan harga adalah pada paras resistance 0.7142 (MagicR2) jika harga masih terus melonjak di mana harga akan cuba menguji zon ketinggian harga sebelum ini. Dan jika harga berjaya membuat sedikit lagi kenaikan, kelihatan paras resistance 0.7159 (MagicR3) bakal diuji untuk pasaran melihat reaksi harga pada paras tersebut sama ada harga bakal membuat higher high yang baru atau sebaliknya.
Perang dagang yang masih berlarutan dijangka akan terus memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart AUD/USD selain daripada data-data ekonomi di Australia. Pastikan anda mendapat posisi dagangan pada paras yang terbaik pada chart AUD/USD ini dengan merujuk kepada paras-paras harga yang telah digariskan oleh indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 0.7061, 0.7044, 0.7012.
Paras resistance: 0.7110, 0.7142, 0.7159.