Pergerakan harga pada pasangan matawang AUD/USD dilihat tidak berjaya turun lebih rendah dari paras support MagicS1 semalam sebelum kembali membuat kenaikan menguji paras Magic Pivot sebelum harga sedikit menurun pada sesi pasaran New York. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 0.7250 berikutan matawang AUD kembali mengukuh ekoran keadaan pasaran yang dilihat semakin stabil. Selain itu juga, data ekonomi tumpuan di Australia juga berada dalam jangkaan bank pusat Reserve Bank of Australia (RBA). Harga telah membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 0.7277 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga membuat penurunan semula di mana harga berada pada paras 0.7258 setakat jam 3.41 petang.
Jika AUD terus mengukuh, harga bakal membuat kenaikan semula melepasi paras resistance 0.7263 (MagicR1) dan juga paras resistance 0.7277 (MagicR2). Seterusnya harga akan menguji paras resistance 0.7290 (MagicR3) dan jika harga berjaya menembusi paras tersebut, berkemungkinan harga bakal membuat Higher High yang baru melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu.
Namun, jika harga membuat penurunan ekoran kenaikan kadar faedah oleh FOMC awal pagi nanti, berkemungkinan harga akan menembusi (breakout) paras support 0.7236 (MagicS1) yang tidak dapat ditembusi harga semalam. Dan seterusnya, penurunan harga akan diteruskan ke paras support 0.7222 (MagicS2) atau harga berpotensi untuk turun lebih rendah lagi mencecah paras support 0.7208 (MagicS3).
Selain melihat kepada data-data ekonomi di Australia, beri tumpuan juga pada perkembangan isu perang dagang AS-China yang turut mempengaruhi pergerakan matawang khususnya pada chart AUD/USD ini. Lihat indicator Moshed Magic Line yang memaparkan paras-paras jangkaan tumpuan harga untuk tambahan dalam rujukan analisis anda.
Paras support: 0.7236, 0.7222, 0.7208.
Paras resistance: 0.7263, 0.7277, 0.7290.