Dollar AUD mula menunjukkan sedikit pengukuhan pada nilai matawangnya selepas ketegangan perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China dilaporkan kembali reda. Ini memberikan tanda-tanda positif terhadap Aussie setelah didagangkan berisiko sejak minggu lalu. Namun, data perindustrian di China yang merosot sedikit menggusarkan para pelabur terhadap dagangan Aussie. Harga pada chart pasangan matawang AUD/USD mula menunjukkan kenaikan pada sesi dagangan semalam apabila harga bergerak naik lebih tinggi daripada paras Magic Pivot semalam dan cuba melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan menutup dagangan harian sekitar paras tersebut.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga yang memulakan dagangan sekitar 0.70600 dilihat membuat kenaikan menuju ke paras resistance 0.7077 (MagicR1) namun sebelum sempat harga menyentuh paras tersebut, harga kembali pantul semula turun ke paras Magic Pivot 0.7054 hari ini. Jika harga kembali menyambung kenaikan sehingga berjaya melepasi paras resistance MagicR1, harga bakal menuju pula ke paras resistance 0.7093 (MagicR2). Kenaikan harga yang diteruskan dijangka akan mencapai paras ketinggian di sekitar 0.7116 (MagicR3).
Namun, jika Aussie kembali didagangkan lemah ekoran terkesan pada data ekonomi China, harga berkemungkinan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini dan menuju ke paras support 0.7038 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya bakal mencatatkan paras terendah yang baru dan dilihat paras support 0.7015 (MagicS2) bakal menjadi tumpuan harga seterusnya. Sedikit lagi penurunan lebih rendah bakal mencecah paras support 0.6999 (MagicS3).
Pantau perkembangan perang dagang AS-China dan juga ekonomi domestik China yang turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan utama dalam analisis teknikal harian anda bagi mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.
Paras support: 0.7038, 0.7015, 0.6999.
Paras resistance: 0.7077, 0.7093, 0.7116.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI